Latar belakang Webb's First Deep Field

Teleskop Angkasa James Webb (JWST) merupakan teleskop astronomi inframerah. Webb's First Deep Field diambil menggunakan instrumen NIRCam teleskop dan merupakan susunan beberapa gambar yang diambil dengan panjang gelombang berbeza-beza. Gambar ini memerlukan masa bukaan pengatup selama 12.5 jam.[1][2] Foto ini mampu menampilkan objek dalam panjang gelombang inframerah yang lebih jauh berbanding foto terjauh Teleskop Angkasa Hubble. Selain itu, masa bukaan pengatup yang diperlukan jauh lebih singkat berbanding Hubble yang memerlukan masa beberapa minggu. Teleskop angkasa ini telah mengorbit titik Lagrange kedua Bumi (L2) yang berjarak sekitar 1.5 juta kilometer dari Bumi sejak 24 Januari 2022. Di titik L2, tarikan graviti Matahari dan Bumi mampu menjaga pergerakan teleskop agar tetap segerak dengan pergerakan Bumi.[3]

SMACS 0723 ialah sebuah gugusan galaksi yang kelihatan di hemisfera selatan[4] yang sering diamati oleh Hubble dan beberapa teleskop lain di masa lampau.[3]

Rujukan

WikiPedia: Webb's First Deep Field http://www.nasa.gov/image-feature/goddard/2022/nas... http://www.wikisky.org/?ra=7.38875&de=-73.45433333... //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://www.cnn.com/2022/07/11/world/james-webb-sp... https://www.nbcnews.com/science/space/james-webb-s... https://www.nytimes.com/2022/07/11/science/nasa-we... https://irsa.ipac.caltech.edu/data/SPITZER/SRELICS... https://www.esa.int/ESA_Multimedia/Images/2022/07/... https://web.archive.org/web/20220711222309/https:/... https://web.archive.org/web/20220712005736/https:/...